Friday, May 11, 2018

Losyen Kurus Sejuk

Tips Kurus di bulan puasa

KALAU NAK KURUSKAN BADAN DI BULAN PUASA, INGAT 7 PERKARA INI

Berikut dikongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda kuruskan badan di bulan puasa dengan lebih efektif.


1. KIRA KALORI ANDA

Awalnya memang kita susah nak faham bab kalori ini. Maka, disarankan install salah satu apps yang boleh mengira kalori harian kita. Dengan memasukkan butiran seperti berat badan semasa dan tinggi serta target berat badan anda, ia akan mengira purata kalori harian yang anda perlukan. Kemudian, setiap hari kita hanya perlu catat apa yang kita makan (atau apa yang kita cadang untuk makan). Dari sini, kita lebih disiplin untuk makan hanya sekadar kalori yang diperuntukkan.

Antara contoh aplikasi telefon bimbit yang percuma dan sesuai untuk orang Malaysia (kerana ada banyak pilihan makanan/minuman tempatan) adalah:

MyFitnessPal – aplikasi yang paling universal dan terluas di dunia setakat ini
MyNutriDiari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Lose It! – salah satu feature menarik adalah ia dapat mengenalpasti dan mengira kalori dengan hanya memuatnaik gambar makanan

2. 8 GELAS AIR KOSONG



Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas bersahur
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas berbuka
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawih
1 gelas sebelum tidur

3.JANGAN ‘SKIP’ SAHUR

Walaupun ‘skip’ sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Lagi pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma.

4.AMBIL PROTEIN MENCUKUPI

Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oats saja tentu bosan.

Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan. Dalam segenggam saja sepatutnya cukup untuk keperluan harian.

Kalau boleh, elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan kita cepat haus nanti.

5. 2-HOUR RULE

Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Lepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur.

Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

6. KEKAL AKTIF

Berpuasa bukanlah alasan untuk kita tidur dan bermalasan sepanjang hari. Walaupun tidak bersenam, cuba sedaya upaya untuk mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah, dan sebagainya. Jangan tangguhkan semua kerja ini untuk dilakukan selepas berbuka supaya anda boleh fokus pada ibadah lain pada waktu malam.

Di samping merebut pahala, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakar kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang ‘berat’ selepas diisi pelbagai makanan semasa berbuka. Malah, menurut Kevin Zahri, ia mampu membakar hingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid.

Apapun, pastikan objektif utama solat tarawih adalah untuk mencari keredhaan Allah bukan sekadar nak kuruskan badan di bulan puasa.

7. GANTIKAN SNEK SIHAT

Kalau terasa nak minum minuman manis, buat sendiri smoothie buah-buahan tanpa gula. Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang sihat tanpa garam seperti almond, kacang badam, atau buah-buahan kering – kismis, kurma, aprikot, buah tin, dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.

Menurut kajian di Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Antara contoh buah-buahan dan sayuran itu adalah:

Brokoli
Kobis / kobis bunga
Tembikai
Bayam
Timun
Epal
Strawberry
Pear

8. BERSEDERHANA ADALAH SUNNAH

Motivasikan diri untuk kuruskan badan di bulan puasa dengan mengingatkan bahawa tindakan mengawal pemakanan adalah sunnah. Sememangnya, umat Islam dituntut untuk berpada-pada dalam pengambilan makanan. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis:

“Tidaklah yang paling buruk bagi anak Adam dalam memenuhi sesuatu daripada memenuhi perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang membuat tulang rusuknya berdiri. Apabila tidak sanggup, maka 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk dirinya.” (HR. Tirmidzi dan Ibn Hibban)

Mudah-mudahan, matlamat kita untuk kuruskan badan semasa bulan puasa bukan sekadar dicapai untuk cantik. Tetapi turut meninggalkan kesan positif dalam mengelakkan pembaziran wang dan makanan di samping berusaha meningkatkan kesihatan diri.

Credited to SirapLimau


No comments:

Post a Comment

Hilang Inci dengan CEPAT

Hanya sapu-sapu Effenzee Myracle hilang inci dengan cepat terus Grab losyen kurus sejuk untuk takut naik badan di hari raya nanti.  .  Makan...