Ekzema beransur pulih
Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema atopik.
Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. Ia terbahagi kepada 2 jenis ekzema iaitu:
ACUTE ECZEMA
Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
Papules : pembentukan tompok-tompok merah
ECZEMA KRONIK
Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
Kulit menebal kasar dan berkedut.
Apakah Simptom Penyakit Ekzema?
Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif.
Antara simptom utama penyakit ini adalah:
✔️Kulit akan pecah dan merekah
✔️Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
✔️Kulit terasa sangat kering
✔️Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
✔️Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
✔️Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
✔️Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.
Punca Eczema
Sehingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti, namun terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan berlakunya eczema.
Faktor Dalamanan (Fizikal)
Ahli keluarga yang ada sejarah mengidap penyakit eczema, asma atau alergi rhinitis.
Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
Pemakanan dan minuman seperti alkohol, produk tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor Luaran (Persekitaran)
Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap
Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mite).
Kitaran Eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan “allergens” atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.
Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan dan menyebabkan ruam yang semakin teruk.
Langkah-langkah Pengawalan Eczema
✔️Mengawal kitaran eczema dengan melembapkan kulit
✔️Mengubati keradangan
✔️Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
✔️Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada eczema
✔️Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
✔️Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)
Info:Carian Google
Untuk atasi Ekzema anda juga boleh menggunakan Losyen Effenzee Myracle.
Hanya sapuan nipis sahaja untuk kanak-kanak.
Alhamdullilah feedback dari customer berkenaan ekzema amat positif.
Kita hanya mencuba
Ubat adalah asbab
Penyembuhnya adalah dari yang Maha Kuasa
Berminat?
WhatApps +601111983461
Agent Diperlukan SEGERA!