Sunday, May 27, 2018

Ekzema

Ekzema beransur pulih

Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema atopik.

Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. Ia terbahagi kepada 2 jenis ekzema iaitu:

ACUTE ECZEMA

Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
Papules : pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK

Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
Kulit menebal kasar dan berkedut.

Apakah Simptom Penyakit Ekzema?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. 
Antara simptom utama penyakit ini adalah:

✔️Kulit akan pecah dan merekah
✔️Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
✔️Kulit terasa sangat kering
✔️Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
✔️Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
✔️Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
✔️Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Punca Eczema

Sehingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti, namun terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan berlakunya eczema.


Faktor Dalamanan (Fizikal)

Ahli keluarga yang ada sejarah mengidap penyakit eczema, asma atau alergi rhinitis.
Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
Pemakanan dan minuman seperti alkohol, produk tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor Luaran (Persekitaran)

Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap
Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mite).

Kitaran Eczema

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan “allergens” atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan dan menyebabkan ruam yang semakin teruk.

Langkah-langkah Pengawalan Eczema

✔️Mengawal kitaran eczema dengan melembapkan kulit
✔️Mengubati keradangan
✔️Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
✔️Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada eczema
✔️Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
✔️Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)

Info:Carian Google

Untuk atasi Ekzema anda juga boleh menggunakan Losyen Effenzee Myracle.
Hanya sapuan nipis sahaja untuk kanak-kanak.

Alhamdullilah feedback dari customer berkenaan ekzema amat positif.

Kita hanya mencuba
Ubat adalah asbab 
Penyembuhnya adalah dari yang Maha Kuasa

Berminat?
WhatApps +601111983461

Agent Diperlukan SEGERA!

Thursday, May 24, 2018

Masalah Sembelit Dan Cara Atasi


Apa Itu Sembelit
Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom- simptom berikut:
Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu 
Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Punca sembelit
Sebelum mencari cara mengatasinya, punca berlaku sembelit harus diketahui. Antara punca sembelit ialah:
Kurangnya minum air - Kurang pengambilat serat Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh 
Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua
Sembelit yang berpunca dari perubahan hormon terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Bukan itu sahaja, janin yang menekan bahagian usus juga akan menyebabkan sembelit
Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia 
Ubat- ubatan tertentu
Bahaya dan komplikasi Sembelit
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Cara Mengatasi Sembelit:
Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurngnya 3 liter sehari. Ramai yang terasa sukar untuk minum 3 liter air sehari. Cara mudah untuk minum air sebanyak tu, dengar signal tubuh dari badan anda. Apabila terasa harga, terus minum air. Dalam masa yang sama perhatikan warna air kencing anda. Jika ianya berwarna kekuningan, perbanyakkan minum air.Perbanyakkan makanan serat seperti bijirin, gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kerap melakukan senaman bagi meningkatkan kadar metabolisme dan sekaligus melancarkan proses penghadaman.The most important is......jangan MALAS ke tandas ok.. :))

Anda juga boleh atasi sembelit dengan Losyen Kurus Sejuk Wangi Berkolagen.Selamat dan Lulus KKM
WhatApps:+601111983461

Thursday, May 17, 2018

Lelakipun Boleh Kurus

Siapa kata lelaki tak boleh kempis dengan Effenzee Myracle.
Di bawah ini testimoni lelaki menggunakan losyen kurus sejuk berkolagen Effenze
.
Menakjubkan!
.
Berminat boleh segera WhatApps +601111983461





Wednesday, May 16, 2018

Selamat Hari Guru



Salam hari guru dari losyen kurus sejuk berkolagen effenzee myracle
Special Offer Free Postage dan Free Loket 999 Arcylic harini

WhatApps:+601111983461




Tuesday, May 15, 2018

Sunday, May 13, 2018

Kisah Benar Effenzee Myracle

SALAM TINGGAL  MAKCIK



“Saja nak tanya nampak tak different? 😊
Dolu-dolu macam akak umoq 40 ek. Tapi la ni ramai pulak ingat kita masih perawan. Malu pulak baq hang.
.
Meh nak habaq apa yang Yana buat. Hari-hari mesti minum ayaq masak secukupnya. Makan kerap gak tapi yang pasti dalam kuantiti yang ciput ja. Apa yang penting sapu Effenzee sekerap yang mungkin dalam sehari. Sebaiknya LIMA kali sehari. Jangan culas. Jangan malas. Kena konsisten. Sapu tanpa jemu. Kalau nak tau macam mana nanti Yana ajaq. 
.
Dari saiz XXL jadi saiz M dalam masa TIGA bulan lebih sejak Oktober 2017. Memang target nak hilangkan KG dan INCI ukuq lilit badan. Janji kena menten. Nak seribu daya tak mau seribu dalih. Kata kunci dia KONSISTEN.
.
Kalau balik kampung kat seberang Laut China Selatan still makan nasi kuning, buras dengan ayam likku, tumbuk, gado-gado, bakso dan macam-macam lagi lar. Apa yang penting sapu tak skip sebab makcik, adik ipaq dan sepupu sepapat dah masak. Maka kena lar jaga hati depa juga kan. Eh, ingat nak jaga hati, tapi makan pun boleh tahan. Belasah ja 😊.
.
Pi kenduri kawin pun masih boleh makan menu macam biasa. Apa pun kena beringat lar. Sebenaqnya target raya tahun ni nak saiz L. Sekali awal tahun dah dapat saiz M. Hati munga-munga 💐💐💐.
.
Ada orang tanya, kan dah kurus apa lagi mau? Memang pun ketara tranformasi ni tapi tetap masih kena konsisten. Mana tau raya tahun ni leh magik jadi saiz S. Siapa tau kan. Sebab ramai yang berjaya, jadi Yana pasti boleh. Hampa pun boleh aih kalau istiqamah sapu.”-Yana.
.
Kalau nak tips 📄 lagi bleh la Wasap Segera ye 😉. Mana tahu boleh jadi seperti yana sebelum raya

WhatApps:+601111983461
.
Selamat mencuba losyen ajaib yang sedang menulaq di Malaysia. Losyen sejuk, wangi dan waterbased. Pastilah EFFENZEE MYRACLE LOTION. Jangan salah losyen pulak tau ✌🏻.

#effenzeemyraclelotion
#kurussebelumraya 
#seronokbadanfit

Losyen kurus



Lembut wanita kerana senyumanya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
Selamat Hari Ibu..
,•’``’•,•’``’•,
’•, HAPPY
 `’•,,•`’
   ,•’``’•,•’``’•,
   ’•,   mommies
    `’•,,•`’
       ,•’``’•,•’``’•,
       ’•, DAY.   . •
        `’•,,•`’buat semua yg bergelar ibu❤


Hari-hari Hari Ibu
Hari-hari BerEffenzee
Hadiahkan #Effenzee untuk Ibu
Agar senyumanmu sentiasa dihati 💖


#IMLegacy #TeamIedaMizan

Friday, May 11, 2018

Cara Guna Losyen Kurus

Penggunaan Losyen ketika puasa.



Losyen Effenzee Myracle sangat bagus digunakan ketika dibulan puasa terutamanya bagi mereka yang kerap badannya masuk angin.
.
Mereka digalakkan sapu losyen setiap kali lepas solat bagi melegakan kembung perut ketika berpuasa.
.
Bagi mereka yang kerap sakit kaki atau lutut,gunakan effenzee myracle untuk legakan sakit.
.
Losyen akan bantu untuk legakan kesakitan.In Shaa Allah

Berminat?
WhatApps:+601111983461


Agent Diperlukan Segera

Losyen Kurus Sejuk

Tips Kurus di bulan puasa

KALAU NAK KURUSKAN BADAN DI BULAN PUASA, INGAT 7 PERKARA INI

Berikut dikongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda kuruskan badan di bulan puasa dengan lebih efektif.


1. KIRA KALORI ANDA

Awalnya memang kita susah nak faham bab kalori ini. Maka, disarankan install salah satu apps yang boleh mengira kalori harian kita. Dengan memasukkan butiran seperti berat badan semasa dan tinggi serta target berat badan anda, ia akan mengira purata kalori harian yang anda perlukan. Kemudian, setiap hari kita hanya perlu catat apa yang kita makan (atau apa yang kita cadang untuk makan). Dari sini, kita lebih disiplin untuk makan hanya sekadar kalori yang diperuntukkan.

Antara contoh aplikasi telefon bimbit yang percuma dan sesuai untuk orang Malaysia (kerana ada banyak pilihan makanan/minuman tempatan) adalah:

MyFitnessPal – aplikasi yang paling universal dan terluas di dunia setakat ini
MyNutriDiari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Lose It! – salah satu feature menarik adalah ia dapat mengenalpasti dan mengira kalori dengan hanya memuatnaik gambar makanan

2. 8 GELAS AIR KOSONG



Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas bersahur
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas berbuka
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawih
1 gelas sebelum tidur

3.JANGAN ‘SKIP’ SAHUR

Walaupun ‘skip’ sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Lagi pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma.

4.AMBIL PROTEIN MENCUKUPI

Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oats saja tentu bosan.

Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan. Dalam segenggam saja sepatutnya cukup untuk keperluan harian.

Kalau boleh, elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan kita cepat haus nanti.

5. 2-HOUR RULE

Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Lepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur.

Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

6. KEKAL AKTIF

Berpuasa bukanlah alasan untuk kita tidur dan bermalasan sepanjang hari. Walaupun tidak bersenam, cuba sedaya upaya untuk mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah, dan sebagainya. Jangan tangguhkan semua kerja ini untuk dilakukan selepas berbuka supaya anda boleh fokus pada ibadah lain pada waktu malam.

Di samping merebut pahala, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakar kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang ‘berat’ selepas diisi pelbagai makanan semasa berbuka. Malah, menurut Kevin Zahri, ia mampu membakar hingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid.

Apapun, pastikan objektif utama solat tarawih adalah untuk mencari keredhaan Allah bukan sekadar nak kuruskan badan di bulan puasa.

7. GANTIKAN SNEK SIHAT

Kalau terasa nak minum minuman manis, buat sendiri smoothie buah-buahan tanpa gula. Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang sihat tanpa garam seperti almond, kacang badam, atau buah-buahan kering – kismis, kurma, aprikot, buah tin, dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.

Menurut kajian di Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Antara contoh buah-buahan dan sayuran itu adalah:

Brokoli
Kobis / kobis bunga
Tembikai
Bayam
Timun
Epal
Strawberry
Pear

8. BERSEDERHANA ADALAH SUNNAH

Motivasikan diri untuk kuruskan badan di bulan puasa dengan mengingatkan bahawa tindakan mengawal pemakanan adalah sunnah. Sememangnya, umat Islam dituntut untuk berpada-pada dalam pengambilan makanan. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis:

“Tidaklah yang paling buruk bagi anak Adam dalam memenuhi sesuatu daripada memenuhi perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang membuat tulang rusuknya berdiri. Apabila tidak sanggup, maka 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk dirinya.” (HR. Tirmidzi dan Ibn Hibban)

Mudah-mudahan, matlamat kita untuk kuruskan badan semasa bulan puasa bukan sekadar dicapai untuk cantik. Tetapi turut meninggalkan kesan positif dalam mengelakkan pembaziran wang dan makanan di samping berusaha meningkatkan kesihatan diri.

Credited to SirapLimau


Monday, May 7, 2018

Kenapa Air Kosong Penting











Apabila anda mengambil apa sahaja supplement tidak kira losyen kurus luaran atau dalaman,anda perlu mengambil air kosong secukupnya bagi memudahkan proses di dalam badan anda

Keperluan asas air didalam badan 
25 KG Berat Badan = 1 liter air kosong

Masalah Selepas Bersalin



Kebiasaannya ibu-ibu lepas bersalin memikirkan masalah untuk mengurangkan lemak dibadan

Perbezaan ketara adalah perut buncit dan menggeleber

Lengan turut membesar dengan jayanya

Peha pula berganda naiknya

Mula mengembang dengan sihat seperti roti rupanya

USAH BIMBANG!
Losyen kurus sejuk berkolagen bantu anda


Kini dengan lebih kuasa tindakan
Berminat?
WhatApps:+601111983461


Terbukti kesan seawal 5 minit dengan teknik kejut lemak seperti dipusat perlangsingan

Dapatkan harga penjimatan RM10 Harini juga.Last Promosi sehingga 9hb May 2018

"Kecantikan dan kesihatan milik setiap insan"

Thursday, May 3, 2018

Sebab Berat Tak Turun

KENAPA BERAT KEKAL TETAPI RASA MAKIN KURUS





Kenapa berat badan saya tak turun? Tapi saya rasa perut saya dah kempis, baju saya dah longgar...
.
Kenapa ye?
.
Jangan risau, mungkin badan kita sedang membentuk otot. Lemak-lemak kita dah mulai hilang, lipatan di perut sudah tidak kelihatan, paha dan lengan semuanya mengecil.
.
Otot lebih berat daripada lemak tapi saiznya lebih kecil. Jadi kalau berat tak turun, tapi baju longgar bermakna ada inch loss 👏👏
.
Dalam sehari juga jangan timbang berkali-kali, berat boleh naik turun disebabkan adanya retensi air dalam badan, kalau makan banyak garam badan biasanya akan menyimpan lebih banyak air. 
.
Timbanglah berat badan pada waktu yang sama contohnya selepas bangun tidur 😊 
.
Ukuran badan lebih penting daripada angka di timbangan.
.
It's a good progress.
Never give up ya
.
Info : Kedai Herb Online
.
Korang yang guna Losyen Kurus Sejuk Berkolagen rata-rata berikan maklum balas hilang inci.
.
Bestkan bila baju dan seluar lama muat semula kan.
Yang dah cuba pasti rasa lain dari Losyen Kurus Biasa

Berminat?
Click Direct Wasap ini:


Wednesday, May 2, 2018

Kenapa Berat Tak Turun




1.Overcompensating – terlebih bagi reward kat diri sendiri

Korang dah pulun kat gym penat-penat. Dah tahan nafsu kaw-kaw dari makan makanan yang tak sihat. Mesti ada keinginan nak reward diri sendiri, kan?

Sebenarnya, terlebih bagi reward kat diri sendiri pun tak bagus jugak. Boleh jadi usaha kita bersenam dan jaga makan menjadi sia-sia sebab benda ni.

Kadang-kadang kita ingat kita dah bakar banyak kalori masa bersenam. Lepas tu, kita ingat makanan yang kita makan tu kalori dia tak sebanyak yang dijangka.

Kesannya, pengambilan kalori bertambah dari yang sepatutnya. Sebab tu, penting sangat korang jaga makan ni bila dah bersenam penat-penat.

Jadi, korang kena tahu anggaran kalori yang korang makan sehari, dan berapa banyak korang bakar sehari.

2. Tak cukup tidur

Mungkin korang sibuk bekerja dan tak sempat workout waktu siang. Jadi, korang pun kurangkan tidur dan workout waktu malam.

Sebenarnya, bila kita tak cukup tidur, senaman yang kita buat tadi pun akan kurang efektif, dan boleh menyebabkan berat badan naik.

Bila tak cukup tidur, kadar metabolisma dalam badan pun menurun. Selera makan pun meningkat. Kita cepat rasa teringin nak makan dan mengidam macam-macam.

Badan kita bila tak cukup tidur akan meningkatkan hormon ‘Ghrelin’ yang meningkatkan selera makan, dan mengurangkan hormon ‘Leptin’ yang membantu kita untuk rasa kenyang.

Selain tu, tidur ni penting untuk badan kita untuk proses pemulihan dari aktiviti bersenam dan aktiviti lain seharian.

Bila tak cukup tidur ni, kita akan mudah jadi ‘stress’, dan meningkatkan ‘cortisol’ dalam badan yang menaikkan selera makan.

Orang dewasa kena tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam untuk rehat yang cukup.

3. Terlebih minum air manis

Bila dah bersenam dan jaga makan tu, kadang-kadang kita lupa apa yang kita minum pun boleh bagi kesan pada jumlah kalori yang kita ambil.

Jangan minum kalori korang! Lagi-lagi minuman berkarbonat tu.  Banyak sangat gula dalam air gas tu. Makin banyak gula, makin tinggi kalori dalam minuman tu.

Selain tu, korang kena jaga-jaga minum jus buah, smoothies, air panas atau sejuk yang manis.

Kalau boleh, kurangkan air manis sebanyak yang boleh. Walaupun dia tulis situ “zero calorie” atau “diet soda”.

4. Tak jaga saiz makanan korang

Kalau korang dah try diet yang kurang lemak, makanan yang sihat, tapi masih lagi tak turun berat, korang patut tengok ‘portion size’ makanan.

Walaupun korang rasa dah makan 3 kali sehari je, tapi kalau tak jaga saiz makanan korang setiap kali makan, korang sebenarnya macam makan 6 kali.

Meskipun korang dah makan makanan yang sihat, tapi kalau ambil berlebihan, memang susah nak turun berat badan.

5. Makan sikit sangat atau tak makan langsung

Memanglah kalau makan banyak sangat boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Tapi sebenarnya, makan sikit sangat pun boleh menyebabkan kita susah nak turun berat badan. Pelik, tapi benar.

Badan kita ni dah dicipta dengan naluri semulajadi untuk memelihara kita dari bahaya.

Jadi, kalau badan kita rasa makanan atau nutrisi yang diperlukan tidak mencukupi, badan kita akan masuk ‘starvation mode’, yang menyebabkan kadar metabolism kita jatuh.

Bukan tu je, badan kita akan simpan makanan tadi dalam bentuk lemak. Lagi la susah nak turun berat tu.

6. Diet korang tak seimbang

Kalau korang follow trend diet terkini sampai terlalu extreme, sampai tak makan langsung sesetengah makanan, badan korang akan kurang nutrisi yang diperlukan.

Badan kita akan berfungsi dengan lebih baik kalau ia menerima nutrisi dan mineral yang mencukupi.

Baguslahlah kita tak makan makanan berlemak atau yang kurang sihat untuk turunkan berat badan. Tapi kalau diet korang terlampau extreme sampai taknak makan langsung karbohidrat atau lemak, selalunya diet macam ni tak tahan lama.

7. Korang ada masalah kesihatan

Banyak masalah kesihatan yang akan menyebabkan berat kita sentiasa bertambah dan susah untuk turun berat, contohnya seperti polycystic ovary syndrome (PCOS), masalah thyroid, ketidakseimbangan hormon dan alergik kepada sesuatu makanan.

Kalau korang ada masalah kesihatan sebegini, berbincanglah dengan doktor korang dan cuba dapatkan pandangan mereka berkenaan perkara ni ye.

8. Korang tak cukup minum air

Air dalam badan boleh mempengaruhi berat badan korang.

Pertama, minum air tu sendiri boleh bantu tahan selera makan korang. Kadang-kadang badan kita keliru dan kita rasa macam lapar, padahal sebenarnya kita tengah haus atau dehydrated masa tu.

Minum air sejuk boleh mempercepatkan kadar metabolism dan kurangkan keinginan kita untuk minum minuman bergas atau bergula.

Air juga penting untuk fungsi buah ginjal dan sistem pencernaan. Bila air tak cukup dalam badan, hati kita akan menyimpan lemak dan bukan membakar lemak.

Jadi, minumlah air banyak-banyak kalau korang nak kurus cepat ye.


9. Korang tak makan sarapan

Sarapan pagi ni makanan pertama kita setiap hari. Penting untuk kita bersarapan sebab ia akan kembalikan nutrien yang dibakar sewaktu kita tidur, dan beri tenaga untuk kerja kita seharian.

Walaupun kita kadang-kadang rasa malasnya nak makan pagi ni, tapi sarapan ni sangatlah penting. Dengan sarapan yang bagus, kita takkan cepat rasa lapar sepanjang hari, takkan rasa nak makan berlebih-lebih, badan kita takkan masuk ‘starvation mode’ atau rasa letih dengan cepat.

Selain itu, sarapan ni penting untuk kita kawal kadar gula dalam darah, kurangkan kolestrol dan kurangkan lemak tepu. Banyak sangat kajian akademik dah dilakukan yang membuktikan manfaat bersarapan ni untuk mereka yang tengah berusaha nak turunkan berat badan.

10. Korang tak variasikan senaman korang

Kalau korang dah terbiasa sangat buat satu-satu senaman tu, korang mungkin takkan dapat manfaat besar dari senaman tersebut.

Asyik buat senaman yang sama je. Motivasi pun berkurangan. Badan pun dah terbiasa dengan senaman tu, jadi tak berapa efektif.

Bila bersenam, memanglah badan akan bertambah cergas. Tapi kalau kita tak ‘push’ diri kita, naikkan intensity atau tukar senaman, hasilnya akan mendatar je. Itu yang bila kita timbang berat, berat tu sama je tak berubah pun.


Kalau korang asyik buat senaman cardio, cubalah ‘weight training’ atau angkat berat. Senaman menggunakan berat tambahan ni boleh menambah ‘muscle mass’ atau jisim otot dalam badan.

Hasilnya, kadar metabolism kita akan meningkat. Kajian menunjukkan mereka yang menggabungkan senaman cardio dan angkat berat lebih cepat turun berat badan berbanding mereka yang buat senaman cardio sahaja.

Sumber:WarriorCampFit





Losyen Sejuk Kurus Berkolagen membantu untuk hilangkan inci namun anda harus usaha untuk kurangkan berat juga

Penurunan Inci adalah amat sukar berbanding berat walaupun anda sudah berdiet ketat
Jika ada yang mampu membantu 
tidak salahkan untuk mencuba

WhatApps : +601111983461

Tuesday, May 1, 2018

Labor Day

Selamat Hari Pekerja
Special Offer sehingga 9hb May ini




Segera dapatkan boleh slim raya nantikan dengan Losyen Kurus Sejuk Berkolagen Effenzee Myracle

WhatApps : +601111983461


Hilang Inci dengan CEPAT

Hanya sapu-sapu Effenzee Myracle hilang inci dengan cepat terus Grab losyen kurus sejuk untuk takut naik badan di hari raya nanti.  .  Makan...