Wednesday, January 10, 2018

Bahan Effenzee Myracle Marine Collagen




Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan menyuburkan rambut dan kuku - nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara - kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat.  Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Kenapa Kolagen Ikan?



Kolagen marin juga dikenali sebagai kolagen ikan.Kolagen ikan dikatakan terbaik dan berkualti tinggi kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran alam sekitar berbanding  dengan kolagen yang diambil sumber lain, misalnya lembu. Secara amnya, kolagen tidak akan diserap secara bebas oleh kulit manusia kerana berat molekul yang lebih tinggi dan komposisinya yang lebih padat. Oleh itu, untuk memudahkan dan mempercepat kadar penyerapan kolagen ke dalam kulit, ia dirtukarkan kepada bahan yang boleh diserap dengan mudah dengan penambahan polypeptides 
KELEBIHAN KOLAGEN IKAN :

Molekul kecil - sangat mudah dihadam dan membantu membentuk semula kolagen yang kian menyusut pada bahagian sendi, tulang, kulit dan lain-lain. 
- membantu meredakan risiko osteoathritis, osteoporosis dan arteriosclerosis. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
Kelebihan kolagen ikan ialah strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih mudah diserap oleh tubuh manusia

KOLAGEN IKAN TILAPIA: 
- sumber kolagen terbaik dan tahan lasak:
- sangat elastik
- kepaduan sel yang sangat tinggi
- tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan


KAJI SELIDIK TENTANG KOLAGEN IKAN

Kami ialah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya. - Prof Dr Jamilah Bakar (Pengarah Projek, Fakulti Teknologi dan Sains Makanan )


Proses mendapatkan serbuk kolagen dari kulit ikan
  
Empat peringkat:

# pembersihan kulit ikan-, kulit ikan dibersihkan untuk menghilangkan kotoran dan lendir menggunakan beberapa bahan kimia tidak berbahaya. 
  
# pengekstrakan menghasilkan kolagen- menggunakan beberapa gabungan bahan kimia bergantung kepada kulit ikan dan kolagen yang ingin dihasilkan. Sesetengah kulit ikan akan menghasilkan kolagen yang bergred tinggi dan yang lainnya menghasilkan kolagen bergred sederhana dan rendah.

# pembersihan kolagen - proses pembersihan bahan kolagen juga dilakukan dalam beberapa peringkat bagi meningkatkan peratus kandungan kolagen bergantung kepada produk yang ingin dihasilkan sama ada untuk makanan atau farmaseutikal. Kolagen untuk produk farmaseutikal agak remeh dan memerlukan tiga hingga empat proses berbanding makanan.

# penghasilan serbuk kolagen - kaedah pengeringan dan pembekuan bagi kebanyakan kolagen dihasilkan menggunakan kaedah pengeringan untuk menghasilkan serbuk kolagen sebelum dibungkus dan dikategorikan mengikut produk yang ingin dihasilkan.

No comments:

Post a Comment

Hilang Inci dengan CEPAT

Hanya sapu-sapu Effenzee Myracle hilang inci dengan cepat terus Grab losyen kurus sejuk untuk takut naik badan di hari raya nanti.  .  Makan...